Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) mula ditubuhkan pada 1 Disember 1973 sebagai sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama syarikat Pinjam Meminjam Dan Jimat Cermat Kakitangan Lembaga Pelauhan Johor. Pendaftaran keahliannya bermula pada 1 Januari 1974 dengan ahli seramai 45 orang.
Di dalam Mesyuarat Agong Pertama (sementara) yang diadakan pada 7 Febuari 1976 mesyuarat telah bersetuju supaya nama syarikat ditukar kepada Koperasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor Berhad (KKLPJB) dan pendaftarannya telah diluluskan pada 22 Januari 1977.